Sunday, February 7, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA & BERCINTA SAMPAI KE SYURGA





Walaupun buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA' telah dikeluarkan pada April 2008 (Cetakan Pertama) dan Mei 2008 (Cetakan Kedua), manakala 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA' pada 2009, adalah tidak terlambat untuk kita membacanya ke arah membina kehidupan berkeluarga yang bahagia dan diredhai Allah. Kepada sahabat yang membaca post ini, dinasihatkan kepada anda untuk membeli buku ini. Untuk makluman lanjut bolehlah melawat laman web saifulislam.com iaitu penulis buku ini.

Seseorang yang telah membaca buku ini memberitahu aku bahawa isi kandungan buku ini amat sesuai dijadikan panduan dalam membina rumahtangga. Slogan yang sangat menarik dalam buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA' iaitu "...Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...". Sangat indah kata-kata itu. Kita sebagai manusia kadang-kala leka untuk bersyukur ke atas pemberian Allah. Bila kita tidak suka, kita komen. Bila kita suka, kita bangga. Apakah semua ini bukan dikatakan makhluk yang tidak tahu bersyukur.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi, terimalah dengan hati yang redha siapa yang akan menjadi pasangan hidup kita. Kita saling melengkapi pasangan kita dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tidak semestinya sebelum berumahtangga saja patut belajar ilmu rumahtangga, selepas berkahwin pun patut belajar lagi. Konsep pencarian ilmu itu adalah berterusan sehingga ke liang lahad. Tuntutan masa bekerja pada masa kini yang amat melelahkan menyebabkan kita alpa untuk terus mencari ilmu yang rumahtangga. Oleh yang demikian, selagi ada kemampuan, carilah ilmu itu. Ilmu tidak mencari kita, kita yang mencari ilmu.

AKU & GURU



Tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sangat mencabar terutamanya dalam mengahadapi kerenah anak murid yang diluar jangkaan kita. Aku mengajar subjek Bahasa Melayu,English, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Muzik di sekolah ini. Walaupun sepatutnya aku mengajar Matematik, namun atas sebab subjek Matematik diajar dalam bahasa Tamil untuk sekolah ini, maka terpaksalah aku mengajar subjek yang lain. Satu cabaran hebat untuk aku kerana tiada pengalaman untuk mengajar subjek-subjek yang berkenaan selain English. Hakikatnya, guru itu umpama lilin yang menerangi kehidupan orang lain.

Perumpaan seperti ini seringkali bermain di bibir manusia yang menghargai tugas guru. Harus diingat, jangan melihat sifat lilin yang sanggup membakar dirinya sendiri tetapi fokus utamanya adalah tahap pencahayaan lilin itu. Adakah cahaya itu terang atau malap? Seandainya terang, maka beruntunglah orang yang berada disekitar lilin itu. Manakala seandainya malap, harus diganti dengan lilin yang baru agar lilin itu tidak sia-sia membakar dirinya.

Awal bulan Februari (03/02/10) aku telah menerima surat daripada SPP untuk tindakan selanjutnya bagi menerima status DG41. Gaji pertamaku pula sudah ada pada Jumaat (04/02/10). Syukur kehadrat Ilahi kerana memberikanku kemudahan sekali lagi dalam menerima semua ini. Tidak lupa juga kepada seseorang yang membantuku dalam hal ini. Hidup kita di dunia ini bukanlah seorang. Ada teman yang akan membantu kita dalam mengharungi kehidupan di pentas dunia ini ketika kita tidak mampu untuk bergerak sendiri.

TAKDIRKU DI JOHOR




Bulan 12 tahun 2009 meresahkan hatiku kerana sentiasa terfikir dimanakah aku akan bertugas selepas ini. Hari demi hari jari-jemari itu sentiasa mencari jawapan tanpa jemu. Seminggu sebelum pendaftaran guru-guru lepasan KPLI di sekolah masing-masing (04/01/10), aku semakin resah. Ramai rakan seperjuanganku telahpun mengetahui 'posting' di mana, tetapi aku masih lagi dalam penantian. Akhirnya pada 31/12/09 ketika mentari tegak di atas kepala,aku menerima panggilan telefon yang menyatakan bahawa aku ditempat kan di sekolah SJK(T)Jalan Haji Manan, Jalan Haji Manan, 86000 Kluang, Johor. Alhamdulillah. Lega hati ini walaupun sedikit gementar dan keliru. Tempat yang aku pohon sebelum ini Selangor, tetapi kenapa pula Johor? Inilah yang dikatakan takdir Allah. Takdir yang menentukan arah hidup kita untuk bertemu dengan suatu perkara yang terbaik.

Sabtu (02/01/10), aku telah tiba di Johor. Keadaan negeri yang sangat masyhur dengan cerita rakyat dahulu kala seperti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sangat indah. Pada hari ini juga aku telah bertemu dengan insan-insan yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku. Terharu seketika hati ini. Rumah sewa untuk aku tinggal telahpun berjaya dicari. Aku menarik nafas lega kerana urusan ke Johor dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Terima Kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang membantu aku.Jasa kalian amat aku hargai.

Thursday, November 5, 2009

Exam

Hari merupakan hari terakhir final exam kpli aku yang bermula pada hari selasa yang lepas. Nak dijadikan cerita,4 hari sebelum exam, aku demam.... teruk jugak la demam tu, dah la ku ni belum study apa-apa lagi, nasib baik hari ketiga tu dah beransur sihat, boleh laa belek sket buku. tapi aku masih risau sbb cam ada simptom-simptom demam denggi seperti ruam, demam sampai 40c, lenguh2 sendi. so sebagai langkah berjaga-jaga, minum air bebanyak.

Paper yang pertama ialah ilmu pendidikan pada 031109 iaitu hari selasa yang lepas. Alhamdulillah boleh jawab dengan baik. diikuti math study paper 1 and then hari paper 2.

Hurrraayyyyyy.....

Dah setel dah semuanya.... dh x der yang duk risau lagi. Skang ni mengira detik untuk meniggalkan IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Perasaan sedih tu dah mula hadir.

Esok bermula lah kursus. tp ok lah, enjoy jer lah x stress mcm nk exam pun.

Sunday, October 25, 2009

24.10.2009

semalam adalah hari yang cukup bahagia bagi aku, hanya siapa yang berkenaan sahaja yang tahu.....
tak dapat digambarkan atau diluahkan dengan kata-kata.

seperti iklan yang pernah mengutarakan ayat ini :
" 5 saat sentuhan lebih bermakna dari 5 minit luahan kata-kata"

aku hanya nk fokus pada luahan kata-kata je sbb x dapat aku nk wakilkan dengan perkataan yg keluar dari mulut ini bagi menunjukkan yang aku sggh......terharu n happy.

dah abis coretan untuk kali ini...

maceh

Interview

Dah lama rasanya aku tak update blog ni..... huhuhhu, ntah rasa malas plak sejak akhir2 ini.

27/10/09 ni aku kene hadiri satu interview kt SPP untuk pengesahan jawatan sebagai PPP. Banyak jugak laa yang nak kene study. haduii... malas tul nk study, tp kene kuatkan semangat jugak. Nasib baik ada pemberi semangat yang sentiasa menyokong aku... terima kasih,hehehe makin ...~lalalalala~.

Antara bahan/topik yang menjadi bacaan aku untuk 3 hari ni seperti berikut :
- PIPP
- FPK
- Sejarah Pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka
--> Penyata Razak(1956)
--> Laporan Rahman Talib(1960)
--> Akta Pendidikan 1961
--> Dasar Pelajaran 1979
- KBSR
- Transformasi kurikulum Prasekolah dan sekolah rendah
- tonggak 12
- isu semasa (H1N1, NKRA(bidang keberhasilan negara), bajet 2010)
- visi misi SPP n maktab.

Selain itu juga aspek yang perlu ditekankan juga termasuklah:
- pengetahuan akademik berdasarkan opsyen yg diambil
- konsep teori pedagogi dan psikologi
- metadologi dan pengkaedahan matapelajaran yang diajar dgn tumpuan khas kepada aplikasi di dala bilik darjah.
- wawasan 2020.

banyak jugak bahan yang perlu dibaca ni. Aku harap hari selasa nanti aku dapat menghadapainya dengan tenang....

SESIAPA YANG MEMBACA BLOG NI KU POHON, DOAKAN AKU SUPAYA BERJAYA DALAM INTERVIEW INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Saturday, October 10, 2009

Lawatan sambil makan

Rumah terbuka sememangnya begitu sinonim tatkala syawal menjelma. 30 hari di bulan syawal digunakan seadanya oleh individu, organisasi mahupun persatuan untuk mengadakan rumah terbuka. Kadangkala sampai 5 rumah terbuka sehari yg perlu ziarahi (ini merujuk kat kawan aku, hehehee). Amalan rumah terbuka ini sememangnya perlu diteruskan selaras dengan matlamat 1 malaysia. sesiapa saja boleh datang melawat atau menziarahi rumah terbuka. Dengan adanya rumah terbuka ini secara tidak langsung dapat mengeratkan tali siraturrahim sesama insan. sempena bulan yang mulia, bermaafan lah kita atas segala salah silap yg telah kita lakukan.

Sempena bulan yang mulia ini, salah seorang daripada kami(math2) mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka untuk kami semua yakni kelas math 2. Rumah yang terletak di Putera Mahkota milik Fauziah bersama suaminya menjadi destinasi rumah terbuka kami. Pada tarikh 07 Oktober 2009 yang lepas kami beramai-ramai menyebu rumah Gee. Wajah ceria dan gembira jelas terpancar di wajah Gee apabila kami mengunjungi rumahnya....

Kami bergerak selepas class terakhir pada hari rabu iaitu pada jam 11.00 pg. 5 biji kereta dan sebuah motosikal menuju ke rumah Gee. Minah rempit Math 2 tekad ngan motonya untuk pergi ke rumah. Memang dah tak boleh berpisah ngan motornya tu....

Sesampai jer di rumah Gee, orang2 yang berkenaan dengan pantas menjalankan tugasnya...
Menu yang tersedia...eh kene sediakan lah adalah Kuih-muih raya, satey dan mee kari. Air oren disediakan untuk membasahi tekak. Air bergas juga disediakan bagi yang menggemarinya dan air kosong untuk yang mahu jaga suara, kononnya....

Sudah tiba masa kami pulang, tak kan nak tidur rumah Gee kot.... Umairah yang happy apabila pakcik2 dan makcik2 menghulurkan duit raya.... den kayoo(kata Umairah)

Thanks Gee atas semuanya.

Aku dpat snap beberapa keping gambar untuk dilampirkan dalam laporan(ceh cam kene wt laporan lak)....